Saturday, January 24, 2009

My Journey To Becoming a Counselor



~11 Jun 1986~

Syukur dan pujian atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada saya kerana berpeluang dilahirkan dan melihat dunia yang penuh warna-warni ini. Pada tarikh keramat ini saya telah menjadi salah satu antara mahkluk yang bertuah di dalam dunia ini kerana dilahrikan dengan sempurna dan bakal mencorakkan serta memberi warna terhadap dunia yang penuh indah ini.


~Tahun 1987 – 1992~

Ni la saya dulu..

Sebagai seorang kanak-kanak yang perlukan kasih sayang dan perhatian. Mengisi zaman kanak-kanak dengan lebih bersama ibu bapa kerana persekitaran rumah yang jauh dari masyarakat setempat. Namun demikian saya merasakan didikan inilah yang telah berjaya membimbing saya untuk sampai ke tahap sekarang.

~Tahun 1993 – 1998~

Saya telah mula masuk ke alam baru yang bakal memberi jalan kepada hala tuju saya pada hari ini. Pada tahun ini, saya mula belajar dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lingga Baru, Tamparuli. Di sinilah saya telah berlajar untuk berkawan, bermain dengan kawan-kawan yang baru dan mula belajar tentang erti persaingan.

Banyak kisah suka dan duka yang telah saya alam dalam tempoh masa ini. Antara pengalaman yang tidak saya lupa ialah bangun seawall 5.30 pagi untuk bersedia ke sekolah. Saya akan mula bertolak ke sekolah seawal jam 6.00 pagi kerana perjalanan saya untuk sampai ke sekolah saya mengambil masa kira-kira 50 minit. Untuk sampai ke sekolah saya, saya harus melalui bukit dan terpaksa mendaki dan menuruni bukit. walaupun jalan raya disediakan, tetapi keadaan jalan raya yang sangat teruk menyebabkan kenderaan pacuan empat roda sahaja yang boleh melalui.

Pada tahun ini juga saya telah kehilangan orang yang sangat penting dalam kehidupan saya iaitu ibu saya yang tercinta. Namun demikian, saya redha dengan pemergiannya walaupun saya merasakan bahawa saya belum puas untuk bersamanya di dunia ini. Saya doakan agar ibu saya berada dia antara orang-orang yang diberkati oleh Tuhan.

Pada akhir tahun 1998, saya menghadapi salah satu peperiksaan yang amat penting bagi saya iaitu peperiksaan UPSR. Peristiwa yang saya tidak boleh lupakan dalam saat itu ialah dipaksa oleh kakak saya untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Saya sering menangis apabila dipaksa untuk belajar pada waktu malam. Namun demikian atas usaha itulah membolehkan saya mendapat keputusan yang agak membanggakan bagi diri saya dan membolehkan saya meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Terima Kasih Kakak….

~Tahun 1999 – 2005~

Mula masuk ke alam persekolahan sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens merupakan sebuah sekolah yang telah memberikan begitu banyak sumbangan dan jasa kepada saya terutamanya kepada guru-guru yang telah mengajar saya di sana. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan.

Semasa bersekolah di sekolah ini saya telah tinggal di asrama sekolah kerana kedudukan rumah saya yang agak jauh dari sekolah dan kesukaran yang saya hadapi untuk sampi ke sekolah tersebut. Tinggal di asrama telah berjaya membentuk saya untuk menjadi orang yang berguna kerana penerapan nilai-nailai yang baik saya terima semasa berada di asrama tersebut.

Pengetahuan saya terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semasa berada di sekolah ini sebenarnya sangat kurang dan tidak pernah mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Ini kerana saya kurang pendedahan terhadap perkhidmatan ini.

Terdapat beberapa jawatan penting pelajar yang pernah saya pegang semasa berada di sekolah ini iaitu, Ketua Pengawas Sekolah, Ketua Pengawas Perpustakaan dan Pengawas Akademik dan Disiplin di asrama.

Keputusan PMR yang telah saya perolehi di sekolah ini agak membanggakan bagi diri saya namun demikian bagi peperiksaan SPM, keputusan yang saya perolehi sangat mengecewakan saya. Namun demikian saya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Tingkatan 6 di sekolah ini juga. Dan untuk peperiksaan STPM, saya telah berusaha setakat yang saya mampu dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat university.

~Tahun 2006 – sekarang (2009)~

~rakan-rakan seperjuangan~


Sekali lagi saya bersyukur kepada Tuhan kerana berjaya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah dalam Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program yang saya ikuti di universiti ini sangat menarik dan telah membawa saya untuk menjadi salah seorang bakal kaunselor kelak. Dalam pada masa ini saya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar saya selalu diberkati dan berjaya menjadi kaunselor yang baik kelak. Saya sedar bahawa perjalanan saya di sini masih lagi jauh…

1 comment:

  1. buy nembutal online from a reliable source. visit www.peacefulnembutal.com for more information.

    ReplyDelete