Tuesday, October 25, 2011

BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 1 ( 24 - 28 Januari 2011 )



Para Pelajar Sedang Melakukan Aktiviti Yang Telah Dirancangkan


Kaunselor Sedang Memberikan Arahan Kepada Para Pelajar


Para Peserta Kelihatan Berminat Dengan Aktiviti Yang Dijalankan


Para Pelajar Sedang Mendengar Penerangan Yang Diberikan Oleh Kaunselor


Bengkel Kemahiran Belajar ini merupakan pendedahan awal kepada pelajar tingkatan satu tentang menguasai kemahiran belajar sebagai panduan awal di alam sekolah menengah. Ia dilaksanakan bagi menyedarkan pelajar bahawa belajar untuk belajar adalah proses asas seseorang individu mencari kemahiran dalam kehidupan.


Seorang pelajar yang cemerlang dan bermotivasi akan belajar teknik dan cara yang berkesan untuk diri sendiri mengikut keupayaan mereka. Oleh itu, bengkel ini amat penting bagi membantu pelajar dalam menguruskan teknik belajar yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Monday, October 24, 2011

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN SATU ( 3 - 7 Januari 2011 )








Program Minggu Orientasi Tingkatan 1 SMK Pinggan-Pinggan pada tahun 2011 ini merupakan satu program yang sangat penting dalam usaha mendekatkan para pelajar yang baru sahaja mendaftarkan diri di SMK Pinggan-Pinggan dengan suasana dan persekitaraan di sekolah ini.

Ianya juga membantu para pelajar dalam memahami senario yang berlaku di sekolah ini dalam membentuk disiplin diri dan jati diri mereka. Justeru itu, Program Minggu Orientasi Tingkatan 1 SMK Pinggan-Pinggan pada tahun 2011 ini dirangka khas untuk pelajar Tingkatan Satu bagi melahirkan pelajar yang memahami tanggungjawab dan memahami peraturan-peraturan serta disiplin di sekolah ini.

Objektif

i. Memberi pemahaman yang jelas kepada para pelajar tingkatan 1 mengenai peraturan-peraturan dan disiplin sekolah.

Ii. Membantu para pelajar tingkatan 1 dalam memahami, menghafal serta menyanyi lagu sekolah dengan baik.

Iii. Membantu para pelajar tingkatan 1 memahami visi dan misi SMK Pinggan-Pinggan dan mendidik para pelajar cara berinteraksi dengan betul dengan para guru serta cara berpenampilan dan berpakaian sebagai seorang pelajar sekolah.

Iv. Merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar tingkatan.

V. Memberi pendedahan kepada para pelajar senario yang berlaku di sekolah ini dan memahami persekitaran sekolah dengan lebih dekat.

Thursday, March 24, 2011

Lepasan SPM 2010 SMK Pinggan-Pinggan, Pitas



PROGRAM LEPASAN SPM 2010
AKTIVITI
PELUANG DAN DESTINASI ANDA SELEPAS SPM
TIPS-TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA
CARA-CARA MEMBUAT RESUME YANG EFEKTIF
TARIKH : 29 MAC 2010 (SELASA)
MASA : 10.00 AM
TEMPAT : BILIK SEMINAR SMK PINGGAN-PINGGAN, PITAS
KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN !!!

Wednesday, March 23, 2011

Anda dan Destinasi Anda (SPM)

Destinasi Anda Selepas SPM ?

Universiti

Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajar ke universiti, anda boleh memohon UPU lepasan SPM/setaraf bagi program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.

Tarikh tutup permohonan 04 April 2011.

Sumber : http://upu.mohe.gov.my/upu.php

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (Spm) Ambilan Jun 2011

Calon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja. Pindaan atau pertukaran butiran permohonan boleh dilakukan dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang sama dan dibenarkan membuat hanya tiga kali pindaan sahaja selepas permohonan dihantar. Pindaan boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 25 Mac 2011 (sehingga jam 11.59 malam).

Kolej Matrikulasi

Diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi / Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

(Rujuk Kaunselor Sekolah)

Luar Negara

Bagi pelajar yang mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Biasiswa melalui kerajaan dan melalui kerajaan dari luar negara.

Politeknik

Menjana graduat peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan perkhidmatan selari dengan program Transformasi Ekonomi Negara (ETP). Borang Permohonan kategori Lulusan SPM bagi kemasukan ke Politeknik KPT (Fasa 2) sesi Julai 2011 akan dibuka mulai 10 Januari hingga 4 April 2011 melalui laman web http://upu.mohe.gov.my/. Permohonan Kemasukan ke Institut Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) ambilan JULAI 2011 rujuk laman web https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/tevtilka/index.html

IPTS atau Kolej-kolej swasta

Bagi kemasukan ke IPTS atau kolej-kolej swasta, pelajar diingatkan untuk memilih bidang yang benar-benar memberi peluang kerjaya yang bersesuaian dengan minat pelajar. (Rujuk Kaunselor Sekolah)

Tingkatan 6

( Rujuk Kaunselor Sekolah)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Urusan pengambilan bagi tujuan pelantikan yang dilaksanakan oleh SPA adalah bagi jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk ijazah, diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), STAM dan SPM. Permohonan jawatan dalam SMSM adalah melalui Borang Permohonan Online SPA8i yang disediakan di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia www.spa.gov.my

Akdemi Laut Malaysia ( ALAM ) dan Kolej Tentera Udara (KTU)

(Rujuk Kaunselor Sekolah)

JobsMalaysia

Gerbang Kerjaya Interaktif Anda !

(Rujuk Kaunselor Sekolah)

Kaunselor Sekolah

En. Laip Gidongin

(http://silaze.blogspot.com/)

Cik Fatimah binti A. Rahman

SPM 2010

Tahniah Kepada Semua Pelajar SPM 2010 !





EXPLORATION & PRODUCTION CAREER DAY

" EXPLORATION & PRODUCTION CAREER DAY "
Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu
21- 22 March 2011
~ Dengan wakil Petronas ~

~ Sekadar Kenangan ~






~ Dengan Captian George Oomen, ALAM ~

Pelajar PMR 2010 SMK Pinggan-Pinggan Yang Telah Berjaya Mendapat Keputusan Membanggakan

~ Tahniah Kepada Para Pelajar ~

Friday, January 30, 2009

Mewujudkan Suasana Seronok Belajar


Seronok Belajar : Oleh Dr Ismail Zain







Pembelajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila keseronokan dirasai, segala keletihan, kerisauan atau kebosanan terhadap pelajaran dapat diatasi.


Oleh itu setiap murid haruslah bersedia agar diri mereka berada dalam keadaan yang seronok terutamanya ketika belajar. Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseronokan pada diri ketika belajar?


Kekemasan: Pakaian yang kemas, rambut yang terurus, susunan buku yang baik


Caranya: Pastikan pakaian sekolah berada dalam keadaan bersih, kasut tidak kotor, rambut lelaki digunting dengan baik, rambut perempuan diurus dengan kemas serta bertudung, buku yang dibawa ke sekolah berada dalam keadaan yang baik tidak terkoyak dan mudah diambil apabila diperlukan.


Kesihatan: Diri yang sihat tanpa penyakit, keadaan bilik darjah yang bersih.


Caranya: Pastikan murid membersih diri setiap hari. Pastikan kawasan bilik darjah dan sekolah bebas daripada wabak penyakit. Adakan senarai tugas untuk membersih kawasan bilik darjah masing-masing. Guna tandas dengan baik. Jangan makan makanan yang tercemar atau terdedah.


Tingkahlaku/budi bahasa: Cara berbual dengan guru dan rakan. Tidak melanggari peraturan sekolah. Tidak ponteng sekolah.


Caranya: Perlu menghormati guru serta patuh segala arahan terutama apabila guru memberi tugasan kepada murid. Rakan juga harus dihormati. Jangan bergurau sehinggakan menyakiti hati rakan dan berakhir dengan perkelahian. Rajin ke sekolah, jangan terpengaruh dengan remaja luar yang ponteng sekolah.


Minda sihat: Mampu menggunakan fikiran ketika belajar


Caranya: Sentiasa berfikir sewaktu belajar. Banyak berinteraksi dengan guru dan rakan. Banyak membuat latihan.


Jiwa tenang: Menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar


Caranya: Tidak menaruh rasa benci, marah, iri hati terhadap rakan atau guru. Sentiasa bersyukur di atas keselesaan yang dirasai. Sentiasa muhasabah diri untuk mengelak rasa bongkak dan sombong.


Cara-cara yang dinyatakan mampu menjadikan bilik darjah itu sebagai “rumah kedua” untuk murid-murid. Apabila diri dan bilik darjah dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran dapat berlaku dengan baik. Tidak ada rasa bosan di jiwa kita malah ada pula murid yang suka datang ke sekolah untuk belajar walaupun pada waktu petang atau pada hari cuti hujung minggu.


UJI KREATIVITI ANDA!


Sediakan satu poster yang mengandungi langkah-langkah mewujudkan keseronokan belajar. Anda boleh menciptanya dengan menggunakan sebarang perisian berbantukan komputer yang sesuai atau melalui lakaran tulisan tangan. Sisipkan juga gambar/lukisan/lakaran untuk dijadikan hiasan pada poster anda. Lekatkan di papan pamer kelas anda.




Kesilapan: Pengalaman Ke Arah Kejayaan


~sekadar gambar hiasan~


Oleh Dr.Ismail Zain


Sebagai manusia yang penuh dengan kekerdilan, kesilapan sering dialami. Walaupun tiada siapa yang inginkan kesilapan, tetapi jika berlaku ia akan membawa keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan. Kesilapan dalam tindakan, kesilapan dalam menentukan keputusan atau kesilapan dalam sesuatu perkara teknikal membawa padah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga melibatkan keluarga dan masyarakat.


Namun kesilapan bukanlah satu noktah dalam kehidupan. Oleh kerana kesilapan itu adalah hasil daripada sesuatu keterlanjuran, maka terdapat ruang dan masa untuk diperbetulkan agar “pisang tidak berbuah dua kali”. Justeru, setiap kesilapan yang dilakukan harus dilihat secara positif bukan sekadar merintih dengan penuh penyesalan tetapi menjadikannya sebagai pengajaran dan pengalaman untuk bangun semula dalam usaha mengejar kejayaan.


Sebagai seorang pelajar pelbagai cabaran harus dilalui sama ada dalam proses pembelajaran maupun dalam proses pergaulan. Setiap manusia mempunyai naluri yang akan mempengaruhi kehendak terhadap sesuatu perkara. Dalam usaha memenuhi kehendak maka manusia juga akan dipengaruhi di antara akal fikiran dengan perasaan yang bertunjangkan ego. Setiap kehendak yang berlandaskan fikiran akan melalui proses penapisan. Proses penapisan ini akan lebih mantap dengan adanya keimanan. Oleh itu setiap kehendak akan dikaji semasak-masaknya agar tidak ada pelanggaran dari aspek agama, sosial, etika maupun peraturan yang tersedia ada. Maka setiap kehendak akan memberi kebaikan dunia dan akhirat.


Di sebaliknya jika kehendak dipengaruhi dengan perasaan ego maka tidak ada penapisan yang berlaku pada perbuatan yang dilakukan. Malah pada ketika itu keegoan yang ada pada dirinya seolah-olah memberi kekebalan padanya sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja perbuatan tanpa mengira kesan baik atau buruk, betul atau salah, bahaya atau selamat.


Setelah terperangkap dengan perbuatan yang menyalahi setiap penjuru kehidupan, atau menerima musibah hasil daripada tindakan yang salah, manusia akan melalui proses penyesalan. Adalah wajar seseorang itu menyesali segala kesilapan yang dilakukan oleh kerana penyesalan akan menimbulkan keinsafan. Keinsafan harus digandingi dengan usaha ke arah penambahbaikan agar kehidupan dapat diteruskan selagi hayat dikandung badan.


Segala pengalaman pahit harus dijadikan pengajaran yang mampu mengubah destinasi kehidupan. Sesungguhnya kegagalan yang dialami adalah titik tolak ke arah kejayaan yang bakal ditemui. Setiap langkah akan dibuat dengan lebih berhati-hati oleh kerana pengalaman mengajarnya menjadi lebih matang. Keazaman yang dibuat setelah mengalami kegagalan adalah merupakan keazaman yang berjejak di bumi nyata bukan keazaman yang bersifat khayalan. Dalam hal ini jika keazaman dilaksanakan dengan serius maka kejayaannya akan berlipat ganda malah dapat menandingi sesiapa sahaja termasuk mereka yang digeruni buat suatu ketika dahulu. Kita biasa dengar kisah pelajar yang gagal di peringkat permulaan tetapi akhirnya menjawat jawatan yang tinggi atau pelajar yang nakal tetapi akhirnya menjadi usahawan yang berjaya.


Sesungguhnya pengalaman amat berharga dan tidak boleh dijual beli. Setiap kegagalan itu adalah merupakan satu pengalaman yang harus dijadikan panduan ke arah penyambungan kehidupan seterusnya.




Lumba Haram Hiburan Alternatif Remaja


Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my




Pelbagai aksi wheelie (angkat tayar depan), wikang (angkat tayar belakang) dan superman.

SIKAP suka menunjuk-nunjuk yang wujud di kalangan masyarakat kita juga sebenarnya antara faktor yang menjangkiti remaja tetapi dengan cara yang berbeza.

Satu contoh paling mudah, wanita atau suri rumah lebih suka membandingkan barangan rumah atau perhiasan wanita antara satu sama lain tetapi bagi remaja yang terbabit dengan geng mat rempit, mereka mempunyai cara berbeza iaitu menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya.

Mereka mahu mencuri tumpuan, maka timbullah aksi villey, wikang, superman yang menunjukkan seolah-olah mereka adalah raja jalan raya. Umpama mempamerkan lagak ngeri dalam filem, itulah yang mereka tonjolkan, asalkan ia merujuk kepada perlakuan seorang wira atau hero.

Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail berkata, faktor perubahan gaya hidup zaman moden juga menyumbang kepada perilaku tidak senonoh itu kerana masyarakat sekarang lebih terbuka atau global.

“Mereka mudah terpengaruh. Sukan permotoran juga memberi impak besar kepada perkembangan minda remaja. Mereka mudah terikut dengan apa yang mereka lihat. Di Malaysia, sukan lumba motor semakin mendapat tumpuan, misalnya Motor GP atau Formula Satu (antarabangsa).

“Berlumba di jalan raya adalah satu cara remaja menghabiskan masa terutama pada waktu malam kerana kebiasaannya aktiviti itu akan bermula jam 12 tengah malam hingga ke subuh. Mereka mencuba alternatif untuk berhibur melalui cara yang salah,” katanya.


Aksi berbahaya menunggang motosikal menggunakan kaki.

Walaupun mempunyai pilihan untuk berlumba secara sah di trek khas, berlumba secara haram lebih menyeronokkan kerana ia lebih murah dan senang tanpa perlu ada sebarang syarat atau peraturan yang dikatakan menjejaskan keseronokan.

Berdasarkan kajian Dr Rozimi, bergerak dalam kumpulan yang ramai boleh mendatangkan keseronokan dan mereka tidak perlu menyertai perlumbaan yang diluluskan pihak berkuasa kerana ia memerlukan kos tinggi.

“Mereka cuma perlu isi minyak. Misalnya, jika membayar RM5 untuk mengisi minyak, mereka boleh merempit sepanjang malam. Kita juga perlu sedar, kebanyakan mat rempit adalah datangnya daripada keluarga bermasalah.

“Apabila masalah rumah tangga tidak diselesaikan, boleh berlaku perceraian. Anak-anak menjadi mangsa, ada yang terabai kerana tiada siapa yang membimbing mereka. Jadi, mereka akan membuat keputusan sendiri iaitu melepak bersama rakan mencari keseronokan,” katanya.


Berlumba di litar khas, pilihan terbaik mat rempit.


Satu faktor yang tidak harus dilupakan ialah bertambahnya jumlah motosikal di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada meningkatkan jumlah mat rempit. Malaysia adalah negara paling tinggi mempunyai motosikal import atau buatan nasional berbanding negara Asean lain.

Bagi golongan berpendapatan rendah, motosikal adalah pilihan terbaik untuk mereka kerana ia lebih murah serta mampu dimiliki.



Thursday, January 29, 2009

Berkahwin Kurangkan Risiko Nyanyuk



Perkahwinan dikatakan dapat mengurangkan penyakit Alzheimer.

Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban


LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari.

Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer.

Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina.

Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda.

Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: “Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk.”

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.

“Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.

“Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok,” katanya.


INFO: Alzheimer

  • Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.

  • Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat

  • Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun

  • Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.

  • Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan

  • Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat

  • Menjadi punca keenam kematian utama.
  • Terapi Solat

    Oleh Ziauddin Sharuddin
    zia@bharian.com.my






    KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

    SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

    Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

    Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

    Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

    Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.


    Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

    Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

    Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

    Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.



    Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

    SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

    “Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

    Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

    Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

    Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

    Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

    Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

    Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

    Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

    “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

    Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

    Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

    Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.




    Sunday, January 25, 2009

    Peranan Kaunselor !!!

    Guru bimbingan dan kaunseling telah didefinisikan sebagai guru yang terlatih dalam bidang bimbingan dan kaunseling secara khusus. Oleh itu, kerjaya sebagai seorang kaunselor di sekolah memerlukan komitmen yang tinggi dalam menghadapi isu atau situasi yang bakal dihadapi. Melalui ilustrasi di bawah ini, bagaimanakah peranan kita sebagai seorang kaunselor yang terlatih apabila berada di setting sebenar nanti? Fikir-fikirkanlah dan jalankan tanggungjawab sebagai kaunselor seperti yang telah diamanahkan kepada kita..