Tuesday, October 25, 2011

BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 1 ( 24 - 28 Januari 2011 )



Para Pelajar Sedang Melakukan Aktiviti Yang Telah Dirancangkan


Kaunselor Sedang Memberikan Arahan Kepada Para Pelajar


Para Peserta Kelihatan Berminat Dengan Aktiviti Yang Dijalankan


Para Pelajar Sedang Mendengar Penerangan Yang Diberikan Oleh Kaunselor


Bengkel Kemahiran Belajar ini merupakan pendedahan awal kepada pelajar tingkatan satu tentang menguasai kemahiran belajar sebagai panduan awal di alam sekolah menengah. Ia dilaksanakan bagi menyedarkan pelajar bahawa belajar untuk belajar adalah proses asas seseorang individu mencari kemahiran dalam kehidupan.


Seorang pelajar yang cemerlang dan bermotivasi akan belajar teknik dan cara yang berkesan untuk diri sendiri mengikut keupayaan mereka. Oleh itu, bengkel ini amat penting bagi membantu pelajar dalam menguruskan teknik belajar yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Monday, October 24, 2011

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN SATU ( 3 - 7 Januari 2011 )








Program Minggu Orientasi Tingkatan 1 SMK Pinggan-Pinggan pada tahun 2011 ini merupakan satu program yang sangat penting dalam usaha mendekatkan para pelajar yang baru sahaja mendaftarkan diri di SMK Pinggan-Pinggan dengan suasana dan persekitaraan di sekolah ini.

Ianya juga membantu para pelajar dalam memahami senario yang berlaku di sekolah ini dalam membentuk disiplin diri dan jati diri mereka. Justeru itu, Program Minggu Orientasi Tingkatan 1 SMK Pinggan-Pinggan pada tahun 2011 ini dirangka khas untuk pelajar Tingkatan Satu bagi melahirkan pelajar yang memahami tanggungjawab dan memahami peraturan-peraturan serta disiplin di sekolah ini.

Objektif

i. Memberi pemahaman yang jelas kepada para pelajar tingkatan 1 mengenai peraturan-peraturan dan disiplin sekolah.

Ii. Membantu para pelajar tingkatan 1 dalam memahami, menghafal serta menyanyi lagu sekolah dengan baik.

Iii. Membantu para pelajar tingkatan 1 memahami visi dan misi SMK Pinggan-Pinggan dan mendidik para pelajar cara berinteraksi dengan betul dengan para guru serta cara berpenampilan dan berpakaian sebagai seorang pelajar sekolah.

Iv. Merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar tingkatan.

V. Memberi pendedahan kepada para pelajar senario yang berlaku di sekolah ini dan memahami persekitaran sekolah dengan lebih dekat.